Percutian pangkor island resort

Assalamualaikum.......

Hai...hai....hai.....

Mood dah OK.so kita update blog ye.

Ni percutian di pangkor.Bukan cuti sekolah pun tapi saje bawa Mak jenjalan...tukar2 angib kan.walaupun duduk di Perak baru 2 kali jejak pangkor ni.Oklah jom tengok chalet mama,best ke x?.

Mari cuci mata dengan gambar- gambar sepanjang dok sana 2 hari 1 malam.

                 Chalet Nipah water Front

Pemandangan luar chalet yang kami sewa
Wafa kesejukan menggeletar tahan sejuk

Mama Beria suruh main pasir untuk lembutkan tangan kononnya

Pemandangan laut pangkor yang indah

Semua ketakutan naik bot pusing laut pangkor

                      Steady semua atas bot

Bergegas atas bot nak posing jugak.Dah nak balik ni.











Tertonggeng- tonggeng nak buat istana












 Batu bersurat yang ditinggalkan di Pangkor
Temankan wafa dah kesejukan menggeletar dan bibir dah kebiruan.


Seronok bercuti di Pangkor .Sekali sekala bercuti nak beri pengalaman pads anak.Lepas balik dari pangkor semua demam termasuk mama.Lama oooo....anak- anak demam sampai seminggu.Mama demam lama juga tak kebah- kebah.

Telan panadol sampai 6 biji pun tak kebah.Lama dah sebenarnya tak makan panadol ni,last makan waktu zaman sekolah.

Pergi klinik MA( medical assistant) tu kata kena jangkitan virus,so lambat sikit nak sembuh.aduhaiiii....siksa kome sebab dh lama tak demam.Dulu nak demam 2 tahun sekali pun susah.

Kali ni demam hampir seminggu.Tempat mandi- manda sekarang kena hati- hati.Makan minum semua kena jaga.

Lepas dari tu memang berhati- hati untuk mandi manda....akhirnya beli je kolam
 ( kolam home birth) punya bagi anak- anak main mandi manda di rumah je.

Ok lab.sekian je cerita bercuti di Pangkor.Ada masa jumpa lg.

Birthday Ihsan

Assalamualaikum...

Semoga kalian yang singgah di blog Ain akan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Birthday Abang Ihsan anak bujang Ain pada 1 September yang lalu....birthday yang ke-4....

Syukur dah semakin membesar dan semakin bijak.Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ini birthday sesi pertama bersama pengasuhnya.Birthday bersama mama ada sesi kedua pula...

Wahhh....untung sangat dua kali sambut.
Semoga akan datang Ihsan pandai menghargai orang lain.

Jom cuci mata tengok gambar- gambar yang sempat disnap.










Nampak ceria sangat sebab kek warns PINK!!!

Mama terbeli kek ULTRAMAN warns PINK!!!

Tapi si bujang ni memang suka colur pink.Similar with him.

Apapun syukur sebab dah sambut birthday.Walaupun secara kecil- kecilan tetapi tetap meriah dan happening.

Semoga menjadi anak yang soleh...

Amin....

Anak- anakku semakin membesar

Assalamualaikum

Huhuhu....lama benar rasanya x update,menyepikan diri buat sementara waktu.

Now,ain dah muncul kembali....

Emmm....anak pun semakin membesar,tahun depan si bujang dah nak sekolah.Si adik pun semakin pandai dan rajin tolong mama.

Wafa si anak dara ni dah boleh kalau nak minta tolong.wahaha....syok la mama lepas ni.

Mama pun dah ada kawan pompuan nak sembang.Wafa dah pandai nak bawa bersembang.

Si abang dah terlebih kata- kata,kalau bersembang non stop.Banyak betul cerita abang long .....fuh berpeluh dengar Abang long sembang tapi best.

So sekarang mama kena sediakan banyak bahan untuk mereka ni...sebab untuk mengelakkan bosan bila balik dari rumah Pengasuh.

Fuh ...jenuh juga nak mikior aktiviti nih...kiki tapi kalau anak boleh buat memang best...hilang penat.

Antara kerajinan anak- anakku...

Moga terus rajin sampai bila- bila...

Mama pun moga rajin berterusan nak update blog...huhu.







Nampak tu...betapa rajinnya anak dara dah boleh gosok seluar ayah dan memasak.

Moga rajin sampai bila....

OK....jumpa lagi dalam episode akan datang.moga rajin nak update.Bye....

Zat Jasmani & Zat Rohani.

Assalamualaikum

Hai...hai...hai...

Tengah rajin nak update blog.

Senang je nak besarkan anak.Bagi nasi makan minum besarlah dia.

Tapi anak kita ni adalah khalifah,manusia hamba sebagai amanah dari Allah untuk ibu bapa jaga.

Anak- anak perlu zat jasmani dan zat rohani.

Nak bagi zat jasmani mestilah zat yang halal dan berkhasiat.

Zat jasmani yang halal sangat penting untuk membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.

Kalau anak nakal kena renung semula diri kita as parent.

Banyak rahsia dan petua sebenarnya nak anak yang cemerlang + akhlak mulia.


Yang ni antara latihan motor skill anak.
Aktiviti guna mainan yang murah- murah je.

#masukkan gelang getah dalam lidi.
#aktiviti gunting dan tampal
#buat doh untuk lembutkan tangan.

Even masukkan jari dalam lubang hidung pun motor skill tau.kah...kah.

Try anak korang yang setahun boleh tak masukkan jari dalam lubang hidung sendiri.Bukan lubang hidung bapak dia tau...hihi.



Moga jadi anak yang fokus,cerdas dan yang penting berakhlak mulia.

ZAT ROHANI

Zat rohani sebenarnya ramai ibu bapa yang lambat ajar.Sebenarnya anak 0-4 tahun sangat dan telah bersedia menerima maklumat.

Even dalam kandungan pun dah boleh ajar.
Tapi kekadang dik kerna terlalu Capek dengan kerja seharian kita alpa dengan tanggungjawab memberikan zat rohani.

Tak pe masih belum terlambat...

Teruskan ajar anak

Teruskan ajak solat berjemaah

Teruskan ajar mengaji

Teruskan berikan Kasih sayang 0-6 tahun

Teruskan berikan displin 7-14 tahun

Teruskan berikan nasihat dan panduan 15-20 tahun.

Teruskan jadikan anak sebagai kawan 21 tahun keatas.

Selamat berjihad....


Mainan kanak- kanak sekarang

Assalamualaikum

Sedang beristirehat....tunggu anak main taman.Anak main taman permainan jumpa kkawan baru.

Si bujang ni memang mesra alam dan mesra manusia.Senang berkawan....

So, sambil tunggu anak kita update blog yang dah bersarang dan bersawang....web baru haha....




Seronok sakan main ......eh pegang apa tu ihsan kiki....snap time ni pulak.

Petang memang tak tidur....so bawak la main petang2 ni.

Kanak2 sekarang main ni je la.Dah tak kenal teng- teng,galah panjang,zirofain,anak ayam dan banyak lagi permainan traditional yang dah semakin pupus.

Sampai sini je ....jumpa lagi blog seterusnya...

Harap rajin le pasni....moga tak bersarang.
Bye....


 
Design by Fatin Hazwani. Copyright by AinBeautifulHouse.